Video sebelum serangan Mavi Marmara

Pengarah CulturesofResistance, Ian Lee yang turut sama dalam konvoi telah berjaya menyeludup keluar rakaman ini daripada pihak rejim Zionis walaupun sebahagian besar rakaman dari pihak media yang lain telah di rampas.

Israeli Attack on the Mavi Marmara, May 31st 2010 // 15 min. from Cultures of Resistance on Vimeo.



[+] selengkapnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aku maluuu

“Jangan lupa menulis!” Batinku selalu memberikan alarm. Padahal biasanya aku mampu membuat jari jemariku menari dengan lincah untuk sesuatu yang aku pikirkan. Tapi kali ini untuk Gaza, aku seperti terbungkam di dalam gelap. Tak ada jalan yang bisa aku lakukan untuk memulai satu, dua kata. Ternyata saat ini aku tak mampu.

Gaza…

Aku tak mampu menuliskan tentangmu. Aku tak mampu merefleksikan kesedihanku. Aku juga tak mampu memberikan bait-bait apa yang sebenarnya aku rasakan padamu. Aku seperti menjadi tak berarti dihadapanmu.

Gaza…

Aku melihat seorang aktivis wanita. Dia datang kepadamu dengan penuh senyum, sementara dia telah berwasiat baik tentang anak-anaknya maupun harta warisannya, kelak jika dia terkubur di tanahmu.


Gaza…

Aku malu. Sungguh aku malu. Bukan padamu. Tapi malu pada Ilahi. Karena getaran rasaku tidak sedalam orang-orang yang peduli padamu. Bahkan untuk nyawanya pun mereka seakan tak peduli, karena semuanya untukmu.

Gaza…

Seorang aktivis ( yang bersama suaminya ) berada di barisan Armada Kebebasan untuk Gaza, dalam rangka membawa bantuan kemanusiaan ke kotamu. Sang wanita itu menulis tentangmu. Aku membaca tulisannya dengan judulnya, “ Gaza tak membutuhkanmu!”

Benar! Tulisan itu memang benar. Kamu memang tidak membutuhkan kami. Kamu sedikit pun tidak meminta kami untuk datang membantumu. Kamu memang tak butuh siapa-siapa. Karena kamu memang milik Allah, yang disediakan untuk orang-orang yang memang mempunyai getaran iman yang mantap, untuk selalu berdekatan hatinya padamu.

Gaza…

Aku sangat malu. Karena dengan berbagai macam alasan aku mengatakan, “ hanya do’a yang bisa aku lantunkan untukmu.”

Padahal kamu ada, agar kami yang mengaku beriman dapat berbuat lebih dari sekedar do’a. Keberadaanmu yang disediakan Allah Swt. untuk dapat membuat kami merealisasikan, “ bila saudara kita sakit, maka kita pun merasakannya.”

Gaza…

Keberadaanmu membuat banyak syuhada. Karenamu telah teruji keikhlasan seorang hamba kepada Rabb-Nya. Karenamu banyak harta menjadi jalan pemiliknya meninggalkan dunia ini dengan tersenyum.

Gaza…

Harapanku semoga dihari-hari selanjutnya, aku mampu melakukan sesuatu yang lebih dari sekedar do’a untukmu, karena memang aku membutuhkanmu.

Sengata, 3 Juni 2010

Halimah Taslima

Forum Lingkar Pena ( FLP ) Cab. Sengata

[+] selengkapnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Manifesto Kedutaan AS 4 Jun 2010

Jumaat, Jun 4, 2010

ChargĂ© d’Affaires
Kedutaan Amerika, Malaysia
Mr. Robert G. Rapson

MEMORANDUM KEPADA AMERIKA SYARIKAT MENGENAI GAGASAN RAKYAT MALAYSIA MENENTANG ISRAEL

MAKA persaksikanlah pada hari ini, dengan perhimpunan rasaksa rakyat Malaysia di hadapan pagar Kedutaan kamu yang berkunci, bahawa inilah harinya kami mengisytiharkan yang kami tidak akan lagi bertolak ansur dengan kerajaan kamu yang mendokong, melindungi dan memanjakan negara jahanam Israel.

Kami amat terkejut dengan sikap pipi tak mancung hidung tersorong-sorong kerajaan kamu hingga ke tahap memalukan Presiden kamu sendiri dalam “lintas langsung” siaran televisyen berbayar bilamana binatang bernama Netanyahu memarahi, membuat muka serta memalingkan diri bilamana Tuan Obama mengesyorkan perbincangan mengenai mandian berdarah oleh Israel di atas kapal “MV Mavi Marmara” di Lautan Mediterranean. Rakyat kamu memilih Obama untuk memimpin Amerika dan sekarang Israel telah memalukan kamu bagaikan anjing yang terselit ekor di kedua-dua celah kakinya.


Apa yang bermain di kepala mu, Amerika? Yakni kamu – kononnya suatu Kuasa Besar – jadi pengecut dengan bayi kamu bernama Israel, yang kini mengigit tangan kamu dan menunjukkan taringnya?

Kami, rakyat Malaysia demokratik yang sering berdiri menegakkan idealisme sebuah masyarakat yang bebas, tidak dapat menahan diri melainkan ketawa kerana kebodohan dan ketidaktentuan Amerika. Kamu tidak lagi menjadi model dunia merdeka sepertimana yang kamu mahu kami percayai.

Respon kamu yang seolah-olah dibius mengenai pembunuhan membuta-tuli orang awam – 19 orang di mana Israel cuba kurangkan dengan 10 kematian setelah membuang tubuh-tubuh sebahagiannya masih bernyawa ke dalam Lautan Mediterranean – daripada atas kapal “MV Mavi Marmara” pada 31 Mei telah menandakan bahawa hari pembalasan telah tiba untuk Amerika dan masyarakatnya yang terkeliru, sebagai sebuah negara yang besar dan pernah disegani kini jatuh melutut kerana kesilapan dirinya sendiri – yakni penciptaan rasaksa gila dan rakus bernama Israel.

Kami, warga Malaysia pelbagai agama dan bangsa hari ini berdiri dalam solidariti bagi mendeklarasikan di depan kamu bahawa kami sekali-kali TIDAK PERNAH dan TIDAK AKAN membiarkan tragedi malang di lautan lepas oleh lanun oleh Israel itu berlalu saja tanpa balasan. Ingat kata-kata ini!

Kami akan pertanggungjawabkan kamu kerana Amerika adalah penyokong dan tukang dana No. 1 untuk Israel. Kamu memalukan diri sendiri dengan bersekongkol dengan negara berisi pengganas ini dan kami tahu kamu akan kecundang akibatnya. Masyarakat sampahan bernama Israel ini membawa malu kepada ketamadunan abad ini dan tindakan sembrononya terhadap 600 penumpang kapal relawan kemanusiaan daripada lebih 50 buah negara pada Mei 31, 2010; menembak sesuka hati dengan peluru hidup, menembak dari jauh, menembak jarak dekat, menggunakan kekerasan dengan menendang, memukul dan memijak mereka, sebenarnya itulah apa yang tentera KAMU mengajar untuk diperlakukan ke atas rakyat Palestin, Iraq, Pakistan, Filipina, Thailand dan Afghanistan.

Sekarang kamu tidak teragak-agak melakukan perkara yang sama ke atas misi kemanusiaan daripada 50 buah negara, ramai di antara mereka adalah sekutu kepada kulit putih Amerika sendiri , kerana kebelakangan ini kamu sudah buta warna dek penangan Israel. Dan ini adalah kesilapan terbesar kamu!

Kini mereka ini memusuhi kamu.

Pegang janji kami – bahawa kami rakyat Malaysia akan tetap bertahan dan terus lawan dan lawan beriringan dengan semua masyarakat bertamadun sedunia sehinggalah rakyat Palestin memperolehi kembali tanahair mereka dan Israel dimusnahkan. Pada ketika itu Amerika akan kepupusan kehormatan, maruah dan sumber yang mengakibatkan kamu menyertai Israel yang ganas itu serta pendokongnya yang juga semakin pupus. Dunia kini tersedar besarnya kesilapan Amerika dengan mendokong biawak hidup Israel sepanjang beberapa dekad, dan kini dunia sedang menentang kamu, Amerika.

Kami, selaku gagasan masyarakat bertamadun mewakili suarahati rakyat Malaysia pada hari ini:

* Menyangkal keujudan negara teroris bernama Israel
* Membantah sokongan Amerika kepada Israel dalam semua bentuk
* Membantah serangan ganas ketenteraan ke atas orang awam di atas kapal “MV Mavi Marmara”
* Menuntun diadakan penyiasatan menyeluruh dan timbangtara terhadap kematian dan penghospitalan mangsa relawan kemanusiaan
* Memastikan setiap penumpang kapal dapat dikenalpasti status mereka kini
* Memulangkan mereka samada hidup ataupun mati kepada waris masing-masing
* Siasat penculikan oleh Israel terhadap penumpang-penumpang tertentu dari atas kapal dengan tujuan interogasi dan penyiksaan
* Mempertanggungjawabkan sepenuhnya kerajaan Israeli ke atas kehilangan nyawa, kargo yang dirampas, barang pemilikan peribadi para relawan, serta imbuhan kewangan kepada semua relawan dan mereka yang terbunuh oleh tentera Israel
* Tegaskan pemulangan semula dengan kadar segera semua kapal dan bantuan yang disasarkan ke Gaza
* Meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menjalankan siasatan teliti bagaimana Israel dibenarkan melanggar undang-undang sedangkan flotilla berkenaan menepati kesemua perundangan maritim dan memenuhi sepenuhnya Resolusi 1860 PBB (2009), yang termasuk:

a) merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk membekalkan bantuan kemanusiaan ke Gaza termasuklah makanan, bahan bakar dan bantuan perubatan
b) mempermudahkan proses dan penghantaran bantuan
c) seruan agar mendapatkan sokongan untuk melenyapkan kesengsaraan kemanusiaan dan kelemahan ekonomi di Gaza

Kami mahu agar pengistiharan ini disampaikan secara peribadi ke meja Tuan Barrack Obama agar dia tahu bahawa orang Palestin sudah memenangi kawan-kawan baru dari SELURUH PELUSUK DUNIA sejak peristiwa “MV Mavi Marmara”. Beritahu Presiden kamu bahawa kami warga Malaysia berserta negara-negara bermaruah seluruh dunia akan terus menganjurkan dan mendana flotila-flotila berikutnya biar apa pun yang akan terjadi.

Ini kerana kami tidak sembunyikan ekor di celah kelangkang kami seperti kamu bila berdepan dengan Israel.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Crisis Management Team
for Life Line For Gaza, Malaysia
www.lifeline4gaza.org

LifeLine4Gaza (MALAYSIA)
HALUAN
JIM
MUSLIMCARE
YAYASAN AMAL MALAYSIA
AQSA AL SYARIF
DEWAN PEMUDA MASJID
PACE
MAWADDAH
VIVA PALESTINA
ABIM
HALUAN PALESTIN
MALAYSIAN CIVIL CITIZENS

[+] selengkapnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Assalamualaikum,

HALUAN Malaysia telah pun membuat kenyataan media di laman web mereka yang sahabat boleh klik di link ini atau baca terus di bawah. Pihak JAWI pula telah memohon agar semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan mengadakan solat Hajat besar-besaran dan bermunajat kepada Allah agar dilindungi sahabat-sahabat yang sedang berjuang di Gaza. Berikut adalah kenyataan media HALUAN:-

PEMBUNUHAN TERBUKA DI LAUT LEPAS

Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean

KUALA LUMPUR, Mei 31 – PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa.

Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.

Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.

Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.

HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

Siaran Media

Hubungi: Encik Amran Baharum
Telefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105
Web : www.lifeline4gaza.org
Emel : media@lifeline4gaza.org
Mei 31, 2010

[+] selengkapnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Related Posts with Thumbnails