Kenyataan Akhbar..

Kenyataan Akhbar: Pengerusi Aqsa Syarif - Ust Hassanuddin Mohd Yunus dan wartawan Astro awani berlepas ke Istanbul untuk sertai LL4G

Kenyataan akhbar:

Pemergian Pengerusi Aqsa Syarif Ust Hasanuddin Mohd Yunus dengan diiringi oleh Wartawan Astro Awani En. Ashwad Ismail dan Shamsulkamal Bin Abdul Latip untuk menyertai Sukarelawan gabungan NGO Malaysia yang diketuai oleh Haluan dalam misi Lifeline 4 Gaza



Pengerusi Aqsa Syarif Ust Hasanuddin Mohd Yunus akan berangkat ke Istanbul pada hari Ahad 23 Mei diiringi oleh dua orang wartawan Astro Awani. Mereka dijadualkan akan berlepas dari KLIA sebelum tengah malam dan dijangka tiba pada awal pagi 24 Mei di lapangan terbang Kamal Attaturk.

Mereka akan bergabung dengan lapan orang sukarelawan Malaysia yang sudah berada di pelabuhan Altanya bagi menyertai misi Lifeline 4 Gaza. Lapan orang sukarelawan tersebut yang diketuai oleh ketua misi Sdr Norazman Shamsuddin dari Haluan turut disertai oleh anggota misi dari Muslimcare, PACE/JIM, Aqsa Syarif dan juga Yayasan Amal.


Aqsa Syarif amat menghargai penyertaan Astro awani yang akan membuat liputan sepanjang perlaksanaan misi ini bermula dari pelayaran keluar flotilla dari pelabuhan Altanya, Turki sehingga tiba ke Gaza. Mereka akan terus membuat liputan sehingga anggota misi selesai memenuhi amanah menyampaikan barangan yang dimuatkan di atas sembilan buah kapal yang menyertai misi tersebut. Sumber berita yang diterima dari ketua misi iaitu Sdr Norazman, sukarelawan gabungan NGO dari Malaysia akan menaiki kapal Turki ‘Mavi Marmara’. Pihak kami juga dimaklumkan lebih dari 7,000 penyokong dan sukarelawan berkumpul di pelabuhan Sarayburno , Istanbul bagi meraikan perlepasan kapal Mavi Marmara. Flotilla dijadualkan berlepas ke Gaza pada 25 Mei , jam 5 petang waktu Turki

Kami memohon doa dari rakyat Malaysia agar semua anggota misi selamat melaksanakan amanah yang besar ini untuk menerobos tembok kematian yang telah mendatangkan penderitaan yang tidak terperi kepada penduduk Gaza. Semuga usaha gabungan dari seluruh dunia yang prihatin ini akan membuktikan bahawa regim Zionis Israel tidaklah sekebal yang diperlihatkan dan mereka akan tunduk juga kepada tekanan dari masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kezaliman dan kebiadapan ke atas rakyat Palestin terutama di Gaza.

PM Dr Hafidzi Mohd Noor
Ahli Lembaga Pengarah Aqsa Syarif Bhd
23 Mei 2010


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Kenyataan Akhbar.."

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails