Dukacita........ hanya Allah saja aku beserah


[+] selengkapnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kapal LIFELINE 4 Gaza sudah berlepas..

Mavi Marmara Menuju Gaza from Sahabat Al-Aqsha on Vimeo.




sedikit berita lanjut....

Isnin, 24/05/2010 – Puluhan wakil media antarabangsa telah membuat liputan kapal konvoi misi keamanan. Liputan telah dilakukan secara besar-besaran. Walaupun Zionis laknatullah telah melakukan pelbagai sekatan, peserta konvoi yang turut disertai oleh ahli parlimen dari 20 buah negara.

Ketua kempen keamanan, Dr Arafat madli menyatakan Zionis telah mengancam sebuah kapal yang membawa lebih dari 10 wakil media utama di Eropah. Ini merupakan satu tamparan kepada Zionis Israel. Menurut Dr Arafat, antara media besar yang menyertai kempen ini ialah Euro News, TV Bulgaria, Al Jazeera, Reuters, BBC, The Economist dan lain-lain.

Dengan adanya liputan media yang meluas ini, seluruh masyarakat dunia dapat melihat realiti keadaan di Gaza dan kezaliman Zionis Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

[+] selengkapnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kenyataan Akhbar..

Kenyataan Akhbar: Pengerusi Aqsa Syarif - Ust Hassanuddin Mohd Yunus dan wartawan Astro awani berlepas ke Istanbul untuk sertai LL4G

Kenyataan akhbar:

Pemergian Pengerusi Aqsa Syarif Ust Hasanuddin Mohd Yunus dengan diiringi oleh Wartawan Astro Awani En. Ashwad Ismail dan Shamsulkamal Bin Abdul Latip untuk menyertai Sukarelawan gabungan NGO Malaysia yang diketuai oleh Haluan dalam misi Lifeline 4 Gaza



Pengerusi Aqsa Syarif Ust Hasanuddin Mohd Yunus akan berangkat ke Istanbul pada hari Ahad 23 Mei diiringi oleh dua orang wartawan Astro Awani. Mereka dijadualkan akan berlepas dari KLIA sebelum tengah malam dan dijangka tiba pada awal pagi 24 Mei di lapangan terbang Kamal Attaturk.

Mereka akan bergabung dengan lapan orang sukarelawan Malaysia yang sudah berada di pelabuhan Altanya bagi menyertai misi Lifeline 4 Gaza. Lapan orang sukarelawan tersebut yang diketuai oleh ketua misi Sdr Norazman Shamsuddin dari Haluan turut disertai oleh anggota misi dari Muslimcare, PACE/JIM, Aqsa Syarif dan juga Yayasan Amal.


Aqsa Syarif amat menghargai penyertaan Astro awani yang akan membuat liputan sepanjang perlaksanaan misi ini bermula dari pelayaran keluar flotilla dari pelabuhan Altanya, Turki sehingga tiba ke Gaza. Mereka akan terus membuat liputan sehingga anggota misi selesai memenuhi amanah menyampaikan barangan yang dimuatkan di atas sembilan buah kapal yang menyertai misi tersebut. Sumber berita yang diterima dari ketua misi iaitu Sdr Norazman, sukarelawan gabungan NGO dari Malaysia akan menaiki kapal Turki ‘Mavi Marmara’. Pihak kami juga dimaklumkan lebih dari 7,000 penyokong dan sukarelawan berkumpul di pelabuhan Sarayburno , Istanbul bagi meraikan perlepasan kapal Mavi Marmara. Flotilla dijadualkan berlepas ke Gaza pada 25 Mei , jam 5 petang waktu Turki

Kami memohon doa dari rakyat Malaysia agar semua anggota misi selamat melaksanakan amanah yang besar ini untuk menerobos tembok kematian yang telah mendatangkan penderitaan yang tidak terperi kepada penduduk Gaza. Semuga usaha gabungan dari seluruh dunia yang prihatin ini akan membuktikan bahawa regim Zionis Israel tidaklah sekebal yang diperlihatkan dan mereka akan tunduk juga kepada tekanan dari masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kezaliman dan kebiadapan ke atas rakyat Palestin terutama di Gaza.

PM Dr Hafidzi Mohd Noor
Ahli Lembaga Pengarah Aqsa Syarif Bhd
23 Mei 2010


[+] selengkapnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Perutusan Pengerusi Edisi Mei , AQSA SHARIF


Tiada yang layak mendapat setinggi pujian melainkan Allah S.W.T. Kasih dan sayang kita kepada Allah menyebabkan kita memilih untuk mengikut syariat Nabi Mohammad S.A.W. Lantaran itu kita sentiasa mendoakan baginda, ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan pengikut baginda sehingga hari kiamat.

Kezaliman Yahudi masih berterusan. Mereka melepaskan gas beracun ke terowong-terowong penyelamat, satu tindakan yang langsung tidak boleh diterima akal yang waras. Apakah mereka menganggap saudara-saudara kita bagaikan tikus atau lipas yang layak untuk diperlakukan dengan sebegitu hina?

Namun bila merenung ayat yang saya percaya ramai yang telah menghafaznya, kita menerima hakikat semula jadi Yahudi. Allah telah menghukum mereka sedemikian rupa.

“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitan itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan Sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh Dengan melampau” ( ayat 4 surah al-Isra’)

Percayalah kezaliman yang mereka lakukan tidak berhenti setakat itu sahaja. Mereka akan bertindak lebih biadap apabila mereka semakin terdesak.


Allah telah mengatur percaturan hidup dengan penuh hikmah dan sebegitu seni. Surah al-Mulk yang menjadi wirid kita setiap malam, mengingatkan kehidupan ini bagaikan pentas ujian, siapakah yang paling elok amalannya di dunia ini.

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang Yang bertaubat)” (ayat 2 surah al-Mulk)

Rupa-rupanya kita dan saudara kita masyarakat Palestin sama-sama sedang diuji. Mereka diuji dengan kepayahan berhadapan dengan Yahudi. Kita pula diuji, sama ada untuk membantu atau memerhatikan sahaja, Atau lebih buruk untuk tidak mengambil tahu atau mengambi peduli.

Bayangkan suasana di Gaza yang sedang terkepung itu. Pada bila-bila masa boleh berlaku serangan dan letupan bom atau peluru berpandu. Di samping itu mereka juga terdedah kepada senjata pemusnah besar-besaran dan senjata yang diharamkan termasuk fosforus putih yang amat mengazabkan bagi mangsa-mangsanya.

Bayangkan apa yang tergambar dalam fikiran seorang kanak-kanak Palestin tentang masa depan mereka. Bandingkan pula dengan seorang kanak-kanak Malaysia yang gagal atau kecundang bukan kerana kepayahan hidup, tetapi kerana letih akibat kekenyangan.

Kedua-duanya masyarakat Malaysia mahupun masyarakat Palestin sedang diuji. Ketika saya ke perkhemahan Palestin samada di Jordan atau di Lubnan, saya melihat bangunan yang sempit dan berselirat dengan saluran air dan eletrik yang amat membahayakan keselamatan penghuni-penghuninya.

Saya, isteri dan sahabat-sahabat dari Yaman yang berada di sana sesak nafas kerana kekurangan oksigen. Bayangkan hampir 60 tahun mereka hidup dan anak-anak mereka dibesarkan dalam suasana begitu.

Di perkhemahan Palestin, selepasa mereka hidup penuh sengsara semata-mata untuk ‘survive’ dan membesarkan anak-anak sehingga tamat pengajian di mana-mana university di dalam atau di luar Lubnan, ketahuilah mereka kemudiannya menghadapi pula larangan untuk menjawat 70 jenis pekerjaan di Lubnan.

Atas alasan kepentingan rakyat Lubnan, kerajaan Lubnan melarang warga Palestin untuk bekerja sebagai, doktor, jurutera, peguam dan 63 pekerjaan lainnya. Mereka tidak boleh memiliki tanah dan bangunan, tidak boleh memiliki syarikat perniagaan. Mereka tidak dibenarkan berkahwin dengan penduduk setempat. Kalau curi-curi berkahwin juga, anak-anak mereka tidak berhak untuk mewarisi harta peninggalan.

Namun bangsa yang diuji Allah ini tahan lasak. Bila bertemu dan ditanyakan mereka dari mana? Mereka dengan penuh rasa kemuliaan mengatakan “saya warga paletin” yang tinggal samada di Lubnan atau Jordan atau Syria.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas kejahatan Yahudi, kerana itulah sifat dan perangai semulajadi mereka seperti yang ditegaskan oleh al-Quran. AQSA SYARIF lebih berminat untuk membentang agenda amal kepada warga Malaysia supaya mereka melepasi ujian membantu saudara mereka dari warga Palestin.

Harta dan rezeki atau gaji yang Allah berikan setiap bulan kepada kita, sebenarnya ada hak mereka didalamnya. AQSA SYARIF membuka peluang untuk membantu anak-anak yatim dan keluarga miskin dari kalangan warga Palestin. Hari ini AQSA SYARIF mencapai sasaran 100 penajaan anak-anak yatim dari Palestin. Tahniah kepada warga Malaysia yang pemurah. Ini memberikan dorongan kepada AQSA SYARIF untuk terus membuka ruang amal bagi menetapkan sasaran berikutnya iaitu 200 anak yatim lagi.

Teruskan kempen kepada sesiapa sahaja yang anda temui untuk membantu anak-anak yatim yang merupakan masa depan bumi Palestin, Mereka hilang tempat pergantungan , hilang ayah untuk menjalani kehidupan penuh pancaroba di bawah penindasan dan kezaliman Yahudi Zionis..

Perancangan seterusnya ialah AQSA SYARIF sedang membuka projek menampung keluarga miskin di Palestin. Keluarga miskin ini ditinggalkan oleh suami atau ayah yang direnggut dari keluarga mereka oleh regim Zionis Israel dan dipenjarakan sehingga bertahun-tahun lamanya. Bahkan ada yang dijatuhkan hukuman penjara sehingga ratusan tahun.

Akibatnya keluarga mereka terbiar tanpa pembelaan. Tanpa bantuan dan sokongan rakyat Malaysia, perjuangan mempertahankan Masjidil Aqsa dan bumi Palestin yang diterajui oleh rakyat Palestin yang kini menderita akan terjejas. Oleh kerana itu seruan untuk membantu anak yatim dan keluarga miskin ini adalah seruan jihad yang tidak boleh diabaikan oleh umat Islam yang sedar tanggungjawab mereka untuk membela Masjid al-Aqsa dan membebaskan bumi suci Baitul Maqdis.

Aqsa Syarif membuka peluang ini kepada semua dengan sumbangan serendah USD10 untuk sekurang-kurangnya sebulan, untuk satu unit sesaham sumbangan bagi memenuhi satu lot sumbangan buat keluarga miskin yang memerlukan dari USD500 sehingga USD800 bagi menjalani kehidupan yang serba sederhana. Jumlah sebanyak hanya USD10 sebulan adalah amat rendah. Dengan cara berpakat dan berkongsi menaja sebuah keluarga miskin kita boleh menebus ketidakhdiran kita di sana untuk membantu mereka.

AQSA SYARIF membuka peluang ini kepada anda. Hebahkanlah kepada semua demi Masjidil Aqsa dan demi saudara kita di Palestin. AQSA SYARIF berpegang teguh dengan prinsipnya “satu ringgit yang disumbangkankan satu ringgit akan sampai ke Palestin”

Wassalam

Ust. Hasanuddin Mohd Yunus
Pengerusi
Aqsa Syarif Berhad


[+] selengkapnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ayuhh.. 8 Mei.. Stadium Melawati..

Sudah sampai saatnya bagi umat Islam untuk menghentikan sekatan jahat dan keji yang dilakukan oleh Yahudi Israel terdapap umat Islam di Palestin. Kita harus berdiri dengan sikap tegas tanpa melupakan matlamat asasi kita dalam memperoleh redha Allah swt. Dan hendaklah seluruh pertubuhan masyarakat untuk bergerak dan bekerja dengan memanfaatkan kecerdasan akal mereka untuk melakukan pelbagai inovasi, mekanisme dan cara-cara baru untuk mengatasi sekatan di Jalur Gaza. Setiap individu atau organisasi hendaklah melimpahkan kekuatan untuk menghentikan sekatan yang hina tersebut dan belum pernah terjadi sebelumnya.

Kepada kalangan pemimpin umat dan para pemikir serta cendekiawan diseru memainkan peranan mereka dalam memimpin dan menjadi penguasa umat, maju dan masuklah ke dalam barisan untuk menghentikan sekatan, dan untuk memimpin umat seluruhnya dengan memberikan kemudahan kepada para pembawa bantuan sehingga para utusan dan kafilah-kafilah bantuan tersebut dapat masuk dengan mudah, mulai dari samudera menuju teluk, sehingga dapat mewujudkan keinginan dan cita-cita umat, menyampaikan ucapan dan perkataan mereka, tanpa rasa takut atau malu, sehingga tidak masuk dalam kehinaan dan aib di dunia dan akhirat.

Sudah saatnya kita memperlihatkan diri yang terbaik dihadapan Allah; tanpa ragu-ragu atau enggan atau merasa hina, dan bahawa para pemimpin Arab dan Islam hendaklah bertaqwa kepada Allah di tengah umat mereka dan menaikakn citra diri mereka dihadapan umat dan untuk mengangkat aspirasi dan harapan mereka di hadapan dunia.


Wahai para pemimpin terhormat di mana saja kalian berada..

Sesungguhnya situasi di Gaza saat ini tidak menentu, dan menuntut kita tidak hanya mengeluarkan kata; kerana mereka di Gaza tidak hanya makan kata-kata kita, atau tidak memerlukan lembaran surat perjanjian dan surat berharga lainnya, sebagaimana mereka tidak memerlukan atau meminum air mata kesedihan kita ketika melihat situasi yang menghimpit ke atas mereka. Namun yang diperlukan oleh penduduk Gaza saat ini sesuatu yang konkrit dan nyata, usaha yang lebih membumi yang mampu untuk dirasai; memerlukan tindakan konkrit untuk menghentikan sekatan kejam yang tidak adil terhadap satu setengah juta jiwa warga di sana , dan ini semua adalah tanggung jawab semua tanpa terkecuali.

Hendaknya kita semua melihat kembali daftar hitam nama-nama orang yang hina dan perihal mereka untuk ditimpakan pada mereka kehinaan, aib dan kekerdilan pada hari kiamat..

Allah berfirman:

وَلا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأَبْصَارُ. مُهْطِعِينَ مُقْنِعِي
رُءُوسِهِمْ لا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ وَأَفْئِدَتُهُمْ هَوَاءٌ

“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak, mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mangangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong”. (Ibrahim:42-43)

Wahai umat manusia seluruhnya…

Marilah kita kembali kepada Allah..!!

Marilah kita melakukan usaha yang terbaik untuk menyatukan kekuatan dalam rangka menghentikan sekatan terhadap warga Palestin di Jalur Gaza, mobilisasikan kafilah-kafilah dan bala bantuan kepada mereka dan lakukan pelbagai tekanan kepada pertubuhan antarabangsa dan tempatan, dan pertubuhan / agensi kalangan institusi kerajaan untuk turut serta mendesak Israel membenarkan bantuan memasuki Gaza.

Tidak ada alasan bagi kita pada saat ini, kecuali bergerak, bergerak dan bergerak; masing-masing sesuai dengan kemampuannya, sebagaimana yang diungkapkan oleh ulama salaf: “Sebaik-baik kemampuan yang dimiliki manusia adalah yang kuat imannya.”
Maka dari itu marilah semuanya bergerak; individu, institusi, pertubuhan sosial, pertubuhan bukan kerajaan atau organisasi kemasyarakatan. Bangun dan bersatu untuk mengangkat dan menghilangkan ketidakadilan dan kezaliman yang terjadi di Jalur Gaza dan di seluruh dunia, dan tidak ada alasan sedikitpun untuk merendahkan para pejuang yang mulia

وَإِنَّ اللهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

“Dan Sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu”. (Al-Hajj:39)

Marilah kita berlumba-lumba untuk menuju dan menggapai redha Allah, berkorban dan berjuang untuk membela saudara kita, tidak berusaha untuk menghambat kegagalan orang-orang yang gagal, atau menghinakan orang-orang lemah, dan ketahuilah bahawa Allah pasti akan menyempurnakan cahaya-Nya walaupun bukan pada saat ini..
Allah berfirman:

وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ

“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusuf:21)
[+] selengkapnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Related Posts with Thumbnails