Talian Hayat untuk GAZA



[Lifeline4Gaza merupakan satu usaha mengumpul dana bagi membiayai projek menghantar bantuan dan sokongan kemanusiaan ke Gaza bersama jaringan NGO antarabangsa pada bulan April atau Mei 2010 ini. Projek ini diterajui oleh IHH dengan sokongan padu daripada kerajaan Turki yang disertai oleh relawan dari lebih 10 buah negara termasuklah Malaysia, Turki, Irelend, Sweden dan juga Indonesia yang mewakili pelbagai bangsa serta agama. Mereka akan menerobos halangan Israel dengan menaiki 20 buah kapal membawa bahan binaan, peralatan operasi hospital dan ubatan, penjana elektrik, keperluan pendidikan, dan pelbagai keperluan asas yang lain. Ayuh! sahutlah panggilan rakyat Gaza yang sedang diganyang olek Zionis dan sekutunya. Bantulah mereka membina semula segala yang telah dimusnahkan dan buktikan kepada Zionis bahawa seluruh manusia yang waras termasuk anda semua menolak dan membenci kejahatan mereka. Bagaimana anda boleh membantu?


Slik klik untuk besarkan imej risalah "Talian Hayat Untuk Gaza" ini

Doakan agar projek ini berjaya dan mendapat perhatian seluruh pelusuk dunia, sehingga rakyat Palestin terbebas daripada kekejaman tentera Zionis Israel. Disamping itu anda juga dipelawa menghulurkan bantuan kewangan bagi menjayakan projek ini. Seterusnya, sebarkan maklumat ini kepada setiap mereka yang anda kenali tanpa mengira batasan agama, bangsa dan politik masing-masing. Hulurkan sumbangan anda melalui akaun Tabung Palestin HALUAN, Maybank 5-644-902-085-28. Sumbangan anda amatlah diharapkan bagi membantu rakyat Palestin dan semoga Allah jua yang akan membalasnya di akhirat kelak.

klik ke Lifeline 4 GAZA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Talian Hayat untuk GAZA"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails