Pembunuh Upahan British dicari !!!

PEMBUNUH-PEMBUNUH upahan yang memegang pasport warga British dan seorang perempuan berambut perang sedang diburu berkaitan dengan pembunuhan pemimpin Hamas di sebuah hotel mewah Dubai.

Seorang wanita jelita Gail Folliard — warganegara Ireland — dipercayai antara sebahagian daripada golongan elit 11 orang pembunuh upahan yang menyamar diri sebagai pelancong untuk menjalankan perancangan pembunuhan.

Geng pembunuh ini — ada yang memakai wig dan jambang palsu — dikatakan terbang ke Dubai selepas operasi pembunuhan bulan lalu dan sekarang hidup sebagai pelarian.

Mereka tiba di negara pelancongan dan hiburan terkenal ini menerusi penerbangan berasingan dan memerlukan masa kurang daripada satu hari di negeri itu untuk menjejak sasaran mereka.

Kemudian mereka menyamar sebagai pelancong lengkap dengan raket tenis dan kelengkapan untuk berjoging telah menyerang hendap dan membunuh Mahmoud al-Mabhouh, seorang warganegara Palestin.


Ketua Polis Dubai polis, Leftenan General Dhahi Khalfan Tamim, semalam menamakan enam orang pemegang pasport warganegara British dan tiga orang warganegara Ireland antara pembunuh-pembunuh itu.


Ketua polis itu berkata: "Kami tidak meragui bahawa ia adalah 11 orang yang memegang pasport-pasport ini, dan kami amat kesal mereka menggunakan dokumen-dokumen perjalanan (untuk tujuan membunuh) di negara yang mesra pelancong ini."

Ahli-ahli kumpulan pembunuh yang lain adalah daripada Perancis dan Jerman.

Kedutaan British semalam berkata akan "mencari maklumat lanjut" ekoran daripada dakwaan itu.


Rakan-rakan sejawat di Dublin juga sedang "menantikan penjelasan".

Al-Mabhouh, pengasas bagi tentera Palestin, Hamas, mati dibunuh pada Januari 20.

Hamas pernah menyalahkan perkhidmatan risikan Israel Mossad atas pembunuhan ini.

Lt Gen Tamim tidak secara langsung menyalahkan Israel, tetapi berkata ia berkemungkinan "pemimpin negara-negara tertentu telah memberikan arahan-arahan kepada agen-agen risikan mereka untuk membunuh" lelaki Hamas ini.

Dia juga menggariskan beberapa perkara mengapa polis Dubai percaya pembunuhan itu telah dirancangkan.

Semasa satu sidang media, ketua polis menunjukkan rakaman CCTV menunjukkan pasukan pembunuh ini dikatakan datang dengan penerbangan berasingan beberapa hari sebelum al-Mabhouh dibunuh.

Mereka mendaftar masuk ke hotel-hotel berbeza dan memakai wig dan janggut palsu untuk menyamarkan identiti mereka, dia menambah.

Sekurang-kurangnya dua orang ahli geng ini dikatakan melihat Komander Hamas ini mendaftar masuk ke hotel mewahnya berhampiran lapangan terbang antarabangsa Dubai dan turut menempah sebuah bilik berdekatan.

Sekitar lima jam selepas menjejakkan kaki di kota ini, al-Mabhouh telah diserang hendap dan dibunuh. Tidak dapat dipastikan samada ia sendiri yang membuka pintu untuk pembunuh-pembunuh itu.

Kesemua suspek-suspek itu meninggalkan Emiriah Arab Bersatu dalam masa 19 jam sejak ketibaan mereka.

Suspek-suspek warga British dinamakan sebagai Melvyn Mildiner, Stephen Hodes, Paul Keeley, Jonathan Graham, James Clarke dan Michael Barney.

Folliard, Evan Dennings dan Kevin Daveron adalah pembunuh-pembunuh daripada Ireland.

Pegawai-pegawai Hamas setakat ini gagal untuk menjelaskan bagaimana komander mereka berada di Dubai sedangkan sepatutnya ia dalam perjalanan ke Iran.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan akhir bulan lalu, Hamas mengakui yang al-Mabhouh terlibat dalam penculikan dan pembunuhan dua askar Israel pada 1989, dan sehinggalah kematiannya, dia telah memainkan satu "peranan penting dalam menyokong saudara-saudaranya dalam membebaskan negara Palestin.".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Pembunuh Upahan British dicari !!!"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails