Baitul Maqdis; Lebuhraya Perjuangan


Baitul Maqdis: Lebuhraya Perjuangan.

Bukan indahnya benar menggamit rindu
Barkah dan mulia menerima tiba
Ku tahu satu terhimpun mesjid seribu
Manis jiwa diimpikan merasa.

Bukan makmurnya benar menggiur rasa
Pahatan Isra’-Mikraj di tugu jiwa
Tak ku mahu lepaskan mulia
Merintis jalan membebaskannya
Bak melebar jalan ke surga.

Mana tak hiba bersarang di hati
Melihatnya merengkuk di penjara sepi
Dipijak dikoyak mutasi khinzir dan kera
Mampukah kita melihatnya di putih mata?

Mana tak laknat di bibir berperi
Menghujani khianat petinggi negeri
Manakah hilang hati nurani
Tanah amanah terbiar gersang dinodai?

Kala menatap wajahnya nestapa
Hatiku berperi sumpah pewira
Nah, ini tulang-tulangku, jadikan jembatan
Ini darah dan dagingku, jadikan jalan.

Ayuh, kita bina lebuhraya perjuangan
Menuju Gerbang Khilafah Raya Kali Kedua
Di sana kan terbuka pintu pembebasan
Buat semua tanahair kita!

Fikrul Mustanir
23 Dis 2009

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Baitul Maqdis; Lebuhraya Perjuangan"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails