Percuma ! Buku Jihad dr As-Syahid Dr Abdullah Azzam


“Aku menulis Fatwa ini asalnya ia lebih tebal daripada yang sekarang. Aku tunjukkan kepada Yang Dihormati Syeikh Abdul Aziz Bin Bazz. Kubacakan kepadanya, beliau memperbaikinya dan berkata.. “Ia adalah baik” ..dan setuju dengannya. Tetapi, beliau mencadangkan kepadaku agar meringkaskannya dan menulis pendahuluan padanya yang mana ianya perlu diterbitkan. Tetapi Syeikh ini sibuk, waktu itu adalah musim Haji, jadi tiada masa baginya untuk menyemak semula.

Kemudian Syeikh ini mengumumkan di Masjid Ibn Ladna di Jeddah dan dalam masjid besar Riyadh bahawa jihad dengan dirimu hari ini adalah Fardu Ain (kewajipan global). Kemudian kutunjukkan Fatwa ini, tanpa enam soalan pada akhirnya, kepada barisan yang mulia Syeikh Abdullah al Waan, Sayid Hawa, Muhammed Najib al Mutyiy, Dr. Hassin Hamid Hissan dan Umar Sayaf. Kubacakan kepada mereka, mereka bersetuju dan kebanyakan mereka menandatanganinya. Begitu juga kubacakan kepada Syeikh Muhammed bin Salah Bin Utahimin dan beliau juga menandatanganinya.

Aku juga bacakan kepada Syeikh Abdur Razaq Afiffi, Hasan Ayub dan Dr.Ahmad al Assal. Kemudian aku berucap mengenai topik ini pada sebuah syarahan di Minna di Pusat Penjagaan Awam pada musim haji di mana berkumpul lebih dari seratus ulama dari seluruh dunia Islam. Kukatakan kepada mereka..

“Disepakati Salaf, ulama’ terdahulu, semua orang-orang alim, dan Muhadithin pada setiap waktu: “Bahawa jika secebis bumi Umat Islam sebesar tapak tangan diserbu musuh, maka jihad menjadi Fardhu Ain (kewajipan global) pada setiap Muslim lelaki maupun wanita, yang mana anak boleh maju tanpa izin orang tuanya dan isteri tanpa izin suaminya. “Aku memutuskan dengan kehadiran Amir kepada Mujahidin (Sayyaf) dan dengan masa yang kuhabiskan tiga tahun pada Jihad Afghan, bahawa jihad di Afghanistan memerlukan personel. Jadi, sesiapa yang ingin menyangkal dari kalangan kamu Wahai Ulama’ sila ajukan”.

Dan tiada satupun bantahan. Sebaliknya, Dr.Syeikh Idriss berkata “Wahai Saudaraku! Tiada perbezaan pendapat pada hal ini”. Jadi akhirnya, aku terbitkan fatwa ini. Semoga Allah menjadikannya berguna bagi kita pada kehidupan kini dan kemudian, dan kepada semua umat Islam.” Demikian tulisan Dr.Abdullah Azzam.


Judul buku: MEMPERTAHANKAN BUMI UMAT ISLAM Kewajipan Pertama Selepas Iman (Judul asli: Ad-difa’u ‘an Arodhil Muslimin Ahammu Furudhil A’yan) Oleh As-syahid Dr. Abdullah Azzam (Semoga Allah menerimanya sebagai syuhada) Penerbit Edisi Bahasa Inggeris www.azzam.com. Penerbit Edisi Bahasa Melayu Khattab Media Publication. Muka surat: 54 PERCUMA !! DAPATKAN DI [SINI]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Percuma ! Buku Jihad dr As-Syahid Dr Abdullah Azzam"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails