Dari bucu sudut yang hanyir


Dari sudut bucu yang hanyir ini
Kelihatan jelas darah pejuang syahid
Di bumi hampir merekah
Palestin...

Aku...
Adalah masa antara masa-masa yang lalu
Menjadi saksi tentang kekalutan
Anak adam terbiar
Mencari kepuasan,tiada noktah
Mengumpul kekuatan
Dari runtuhan panji-panji
Yang terbiar dari PBB

Dari bucu sudut yang hanyir ini
Ku cuba lukiskan kesengsaraan
Dan jeritan LEMBAH HEBREN
Bersenandungkan raungan BAITULMUQADDIS
Berselang-seli kabus hitam
Berarak dari TEBING GAZA
Dan kehancuran impian di khemah SHATILLA

Dari bucu sudut yang hanyir ini
Mereka masih belum jemu lagi
Menyeka air mata dari tubuh kontang
Yang berceracak dalam penjara besi
Ada dendam yang takkan reda
Walau di depan terbentang
Borang perdamaian ala boneka

Dari bucu sudut yang hanyir ini juga
Aku bersumpah
Bersaksikan darah saudaraku
mangsa perniagaan nyawa
Biar semua mengerti
Syahid adalah
Cita-cita kami di sini!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Dari bucu sudut yang hanyir"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails