..aku juga hendak ke Palestine



“ AKU dengar sendiri dia ceramah beberapa tahun lepas di Taman Melewar anjuran PAS, menceritakan bagaimana anak-anak di Palestin yang cintakan syahid… dan diapun sangat rindukan syahid. Kini Allah sudah kabulkan permintaannya. Al-hamdulillah!!” Kata kawan saya malam tadi.


Beliau yang maksudkan itu ialah Syeikh Said Shiam, seorang pemimpin Hamas berjawatan Menteri Dalam Negeri Kerajaan Palestin yang dilantik Ismail Haneyya, terbunuh pada petang Khamis (15/01/2009) bersama anak lelaki beliau, abangnya, dan isteri abang beliau dalam satu serangan udara Israel di sebuah rumah dalam kawasan Yarmouk di pusat bandar raya Gaza. Sumber-sumber Hamas berkata , Shiam terbunuh apabila jet pejuang Israel mengebom rumah Sheikh Eyad Seyam, abang kepada Said Shiam semasa lawatan beliau ke rumah abangnya. Pengawal peribadi Said Shiam juga turut terbunuh.

“Bagaimana latar belakang beliau?” Kawan saya yang lain bertanya.

Syeikh Shiam lahir pada 22 Julai 1959 di kem tentera Shati Gaza, bahagian barat kota Gaza. Silsilah keluarganya berasal dari marga Jaurah dekat Eskelon, wilayah Palestin jajahan 48. Beliau merupakan lulusan diploma matematik dari Darul Mualimin Ramallah pada tahun 1980. Kemudian melanjutkan pelajarann di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan Islam dari Universiti Al-Quds, pada tahun 2000. As-Syahid pernah bekerja sebagai pengajar di beberapa sekolah dan badan bantuan sosial antarabangsa di Gaza dari tahun 1980 hingga tahun 2003.

Kemudian beliau keluar dari badan tersebut kerana desakan akibat keterlibatannya dengan gerakan Hamas. Lalu beliau menjadi imam dan khatib sukarela di masjid Yarmuk Kota Gaza. Beliau juga berperanan menjadi penasihat dan khatib di beberapa masjid di Semenanjung Gaza. Syaikh Shiam bergabung dengan Jawatankuasa Rekonsiliasi yang dibentuk Syaikh As-Syahid Ahmad Yasin untuk menyelesaikan pertentangan antara pelbagai kumpulan pejuang Palestin sejak intifadhah pertama yang dikenal dengan ‘Intifadhah Masjid’. Beliau berkahwin pada tahun itu dan mempunyai enam orang putera.

Sepanjang hidupnya Asy-Syahid memegang banyak jawatan penting. Di antaranya sebagai ketua Jawatankuasa Guru di Gaza. Ahli Persatuan Pegawai Arab di perwakilan pertubuhan sosial antarabangsa. Pegawai pengurus hubungan luar negeri dalam Gerakan Pejuang Hamas, anggota pimpinan politik Hamas di Gaza. Beliau juga menyandang jawatan anggota Dewan Sekretariat Jenderal Universiti Islam di Gaza, Anggota Dewan Pendiri Center Research Future. Pada tahun 1980 As-Syahid memegang jawatan anggota Persatuan Mahasiswa, Darul Maualimin di Ramallah. Pada tahun 2006 beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dan Urusan Awam.

“Beliau adalah seorang mujahid. Nak jadi Menteri di dalam HAMAS, mesti orang yang sanggup berjuang bersama rakyat, tidak takut mati, bahkan rindukan syahid. Kalau tidak, dia takkan dipilih rakyat dan partinya.” Jawab yang mula tadi.

“Agak-agak le, kalau di Malaysia ni, apa yang patut kita buat untuk membantu mereka?” Ada yang bertanya.

“Bukan membantu.. tetapi ‘WAJIB membantu’ dengan apa cara sekalipun. Kalau sampai syahid, syahid le! Kerana tiap orang Islam MESTI idamkan syahid. Kerana syahid bukan suatu beban, tetapi adalah sebuah anugerah penghormatan dari Pencipta kita!!” Saya tambah.

“Nak bantu macam mana?”

“Saya terbaca dalam www.zaharuddin.net yang memberi 8 pilihan, antaranya yang saya ringkaskan…

Satu: Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

Dua: Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. (Pada saya Ibnu Hasyim, lebih baik kepada HAMAS atau dengan nasihat & kerjasama mereka).

Tiga: Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa anda boleh bacanya sebagai..

  1. Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali.
  2. Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
  3. Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
  4. Dan banyakkan lagi di waktu doa yang maqbul.

Empat: Solat Hajat; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah.

Lima: Menyertai demonstrasi aman dan jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

Enam: Menulis; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

Tujuh: Ceramah atau hadir ke majlis ceramah.

Lapan: Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka.

Kalau nak keterangan lebih lanjut keterangan dan doanya, sila rujuk web tersebut.” Saya jelaskan.

“Hang tak pi ke Palestin ke?”

“Memang saya nak ke Palestin, kalau ada ruang!”

Ibnu Hasyim Catatan Santai…
Jan18, 2009 KL.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "..aku juga hendak ke Palestine"

  1. Unknown says:
    November 23, 2009 at 4:23 PM

    rezeki Allah nak bagi macam macam cara, dengan Sheikh Muhammad Mahmud Siyyam tu awan dah bersama dengan dia dan hampir 2 tahun, setiap bulan puasa pasti dia akan ke Malaysia, so its my duties to guide him through all over Malaysia. dia pon dah kenal awan...alhamdulillah..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails